SAINGAN Selangor Champions League 2023 edisi ketujuh akan bermula pada 30 September di Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) ini merupakan satu platform terbaik bagi mengumpulkan pasukan-pasukan amatur daripada komuniti bola sepak akar umbi negeri Selangor.

Sebanyak 16 pasukan yang akan bertanding dalam SCL namun lima daripadanya adalah kali pertama memasuki SCL manakala pasukan selebihnya adalah yang kembali daripada edisi lalu.

Berdasarkan undian, 16 pasukan yang sudah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B akan bermain tujuh perlawanan di mana empat pasukan teratas akan layak ke suku akhir.

Sementara itu, beberapa anugerah bagi SCL 2021 Fans’ Choice seperti Coach Of The Season, Young Player Of The Season dan Goal of The Season telah diundi oleh para penyokong di laman sosial Instagram.

Fairuz Montana dari Kelana United memenangi ‘Coach Of The Season manakala Shahrul Haziq juga dari Kelana United dianugerahkan sebagai ‘Young Player Of The Season’ dan akhir sekali, pemain dari Selangor FC iaitu Harry Danish Haizon mendapat gelaran ‘Goal Of The Season’.

Mohd Harris  Sharuddin, pengadil ketika SCL 2022 telah dianugerahkan FAS Referee Committee Award yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengadil FAS atas komitmen dan prestasi baik sepanjang kempen SCL 2022.

Tambahan pula, SCL ini merupakan satu kejohanan yang diilihamkan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Kejohanan ini bakal berlangsung pada 30 September hingga 10 Disember 2023.