TIGA pemain golf terkemuka, Galven Green, Syahiran Syakir, dan juara bertahan Danny Chia, mempamerkan prestasi cemerlang pada hari kedua kejohanan Toyota Tour, Piala Tun Ahmad Sarji yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club.

Green mendahului kejohanan menampilkan keputusan empat bawah par 68, diikuti Syahiran satu pukulan dibelakang, dan Danny Chia satu lagi pukulan ketinggalan.

Menurut Green, kemenangan ini adalah kejayaan profesional pertamanya selepas memenangi Piala Alphard pada tahun lalu di Kota Seriemas.

Seorang golfer terkemuka sedang fokus beraksi di Piala Tun Ahmad Sarji.

“Tidak banyak kesilapan hari ini, walaupun boleh bermain lebih baik dalam sembilan lubang pertama,” ujar Green.

Saingan tempat kedua, Syahiran pula mengakui kegembiraan atas prestasinya yang agak memuaskan itu telah bertukar kepada kekecewaan pada dua lubang terakhir.

Sementara itu, saingan di kategori wanita turut menyaksikan keputusan yang agak sengit, iaitu menyaksikan Aretha Pan dan Geraldine Wong terpaksa berkongsi gelaran juara.

Dana RM20,000 telah disampaikan kepada Pengerusi Pusat Pengajian Al-Quran, Datuk Sulaiman Osman.

Untuk maklumat, sebelum kejohanan utama berlangsung, pihak Golf Profesional Malaysia (PGM) telah mengadakan perlawanan Pro-Am Amal Tun Ahmad Sarji 2024, dengan pasukan media memenangi perlawanan bersama Pro Nazri Zain.

Tujuan utama Pro-Am ini adalah untuk memberi penghormatan kepada Pengerusi pengasas PGM, Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, dimana pemergiannya pada 2021 merupakan satu kehilangan besar buat mereka.

Dana yang dikumpul selepas ditolak perbelanjaan telah disumbangkan atas nama Allahyarham Tun kepada Pusat Pengajian Al-Quran dan Encik Ariff Tuah Ahmad Sarji, mewakili keluarga, telah menyampaikan dana RM20,000 kepada Pengerusi Pusat Pengajian Al-Quran, Datuk Sulaiman Osman.