TIGA tonggak skuad kebangsaan Malaysia ini diramal akan menjaringkan gol menentang Singapura pada aksi genting The Causeway Derby kejohanan Piala AFF 2022.

Perlawanan kedua-dua pasukan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pada Selasa.

Berikut adalah tiga pemain Harimau Malaya yang dijangka dapat menjaringkan gol ke gawang The Lions.

1. Faisal Halim

Faisal Halim ialah penyerang utama ketika bersama Terengganu FC dalam Liga Super 2022. Dia telah mengumpul 10 gol dalam aksi Liga Super dan dua jaringan di Piala Malaysia.

Mickey juga telah menjaringkan tiga gol dalam tiga penampilan di Piala AFF 2022. Antara gol dihasilkan oleh Faisal ketika Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 pada perlawanan pembukaan.

Penyerang baharu Selangor FC itu diramalkan akan menjaringkan gol ketika menentang Singapura kerana memiliki kelincahan dan teknik kawalan mengelirukan yang boleh digunakan untuk menjaringkan gol menerusi sepakan deras.

Adakah SNBJ bakal digemuruhkan dengan sorakan SIIIIIUUUU… Sama-sama kita tunggu !!!

2. Sergio Aguero

Sergio Aguero juga berpeluang menjaringkan gol ketika menentang Singapura kerana pemain naturalisasi Sri Pahang FC ini mempunyai naluri mata yang tinggi dan bijak memanfaatkan celah pertahanan lawan.

Dari segi kualiti, Aguero juga mempunyai kemahiran dan kepantasan yang baik, justeru dia berpotensi menyusahkan pertahanan Singapura dan boleh memecahkan kebuntuan gol.

Aguero setakat ini telah mengumpul satu gol daripada tiga perlawanan dilalui dalam Piala AFF 2022.

3. Stuart Wilkin

Stuart Wilkin melakukan debut bersama skuad kebangsaan dan kudratnya sudah pasti akan digunakan semaksima mungkin oleh Kim Pan-gon sepanjang permainan.

Pemain dari Woking, England itu berjaya menjaringkan gol kelima semasa Malaysia membelasah Laos 5-0. Wilkin kemudian bermain menentang Vietnam di Hanoi pada aksi penuh kontroversi dan kita kalah dengan keputusan 3-0.

Dengan kecerdasan dan visi permainan yang bagus, Wilkin juga berpeluang menjaringkan gol semula apabila pasukan negara berdepan Singapura di hadapan penyokong tempatan.