SADIO Mane tidak melupakan tanah kelahiran di Senegal walaupun muncul pemain terkenal di pentas bola sepak dan menjadi bualan para peminat di seluruh dunia.

Mane memastikan kejayaan besarnya di Liverpool juga memberikan kesan positif yang bermanfaat kepada penduduk Senegal.

Prestasi luar padang Mane turut membanggakan negara asalnya dan gelaran Piala Afrika 2022 yang dimenangi membanggakan pasukan kebangsaan Senegal.

Tidak hairan jika masyarakat Senegal begitu menjunjung tinggi Mane, bahkan menjulangnya seperti ‘malaikat’.

Bagaimanapun, Mane yang berusia 30 tahun akan meninggalkan kelab yang menaikkan namanya, Liverpool, untuk bergabung dengan Bayern Munich.

Orang awam Senegal jelas masih menyokong pemain itu, apatah lagi dilihat dari segala kebaikan yang dilakukan olehnya selama ini.

Sadio Mane melayani peminat mendapatkan autografnya di Bayern.

Berikut enam kebaikan yang dilakukan Mane untuk membantu Senegal:

1. Membina sekolah berjumlah € 270,000

Ketika Liverpool memenangi gelaran Liga Juara-Juara pada musim 2018-2019, Mane merayakannya dengan kegiatan sosial.
Mane menyumbang dana hingga € 270,000 untuk pembangunan sekolah Bambali, Senegal, yang menjadi kampung halamannya.
Penyerang itu juga sempat mengunjungi pembinaan bangunan sekolah tersebut semasa pulang bercuti.

2. Pembinaan hospital £455,000

Tidak hanya sekolah, hospital menjadi perhatian Mane dalam memperbaiki kampung halaman.
Berdasarkan sumber Givemesport, sebanyak £455,000 didermakan Mane untuk membangun hospital pada Jun 2021.
Sama seperti sekolah, hospital yang dibangunkan Mane juga bertempat di Bambali.
Kampung halaman penyerang Liverpool tersebut sememangnya masih kekurangan fasiliti kesihatan.

3. Derma bulanan setiap keluarga €70

Mane menggunakan popularitinya untuk memakmurkan warga di kampung asalnya.
Selain membangunkan pelbagai fasiliti umum, Mane juga menderma untuk setiap keluarga di kampung tersebut yang menjadi rutin bulannya.
Setiap keluarga dikhabarkan menerima €70 setiap bulan.

4. Pakaian percuma untuk kanak-kanak

Kanak-kanak turut menjadi perhatian khusus bagi Mane yang ingin berkongsi nikmat diperoleh di tempat asalnya.
Setiap bulan, Mane menderma pakaian percuma untuk kanak-kanak tersebut.

5. Menyediakan liputan internet 4G untuk penduduk di Bambali

Mane juga mengusahakan akses internet 4G di Bambali.
Memanfaatkan nama besarnya, Mane berjaya menarik perhatian beberapa syarikat utama.
Terkini, syarikat telekomunikasi Orange berjaya diajak bekerjasama oleh penyerang berusia 30 tahun tersebut.

6. Pembangunan stesen minyak dan pejabat pos

Mane tidak melupakan pentingnya kewujudan stesen minyak.
Untuk itu, Mane bekerja sama dengan Oryx Senegal untuk pembinaan di Bambali.
Kebaikan Mane jelas akan terus bertambah, tidak kisah jika kelab diwakilinya sudah bertukar.
Penghijrahan Mane ke Bayern Munich juga mendapat sokongan penuh warga Senegal yang selalu menjadi keutamaannya.

Stesen minyak Oryx Senegal sedang di bina di Bambali.