SUKAN Olimpik Paris 2024 ialah edisi musim panas ke-33. Sepanjang 32 edisi sebelum ini, negara manakah yang tidak memenangi pingat?
Daripada 32 edisi Sukan Olimpik sebelum ini, 206 negara telah mengambil bahagian. Ini tidak termasuk negara yang membawa bendera bebas seperti pelarian dan dibenarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC).
Daripada 206 negara, 65 negara tidak pernah memenangi pingat dan daripada 65 buah negara itu, ada yang mengambil bahagian berpuluh-puluh kali, ada yang hanya mengambil bahagian beberapa kali sahaja.
Dalam negara rantau Asia Tenggara, terdapat lima negara yang tidak pernah memenangi pingat iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Timor Leste. Daripada lima itu, Myanmar menghantar wakil paling kerap, 18 kali.
Bangladesh adalah negara dengan penduduk terbesar, lebih daripada 169 juta orang, data pada tahun 2022, yang tidak pernah memenangi pingat Olimpik.
Untuk Sukan Olimpik 2024, 206 negara akan mengambil bahagian dengan seramai 10,714 atlet bertanding dalam 32 sukan dan bersaing untuk pingat dalam 329 jumlah pertandingan.
Bilangan minimum wakil dari satu negara pada Sukan Olimpik 2024 ialah satu kontinjen. Negara yang mempunyai hanya satu kontinjen di Paris ialah Belize, Somalia, Liechtenstein dan Nauru.
Olimpik Paris 2024 akan dibuka pada hari Jumaat malam waktu Perancis. Pembukaan ini berbeza dari sebelumnya, kerana ia tidak berlaku di dalam stadium.
Berikut adalah senarai negara tanpa pingat di Sukan Olimpik
1. Albania
2. Andorra
3. Angola
4. Antigua dan Barbuda
5. Aruba
6. Bangladesh
7. Belize
8. Benin
9. Bhutan
10. Bolivia
11. Bosnia dan Herzegovinia
12. Brunei
13. Burkina Faso
14. Kemboja
15. Tanjung Verde
16. Republik Afrika Tengah
17. Chad
18. Comoros
19. Congo
20. Republik Demokratik Congo
21. Dominica
22. El Salvador
23. Guinea Khatulistiwa
24. Mikronesia
25. Fiji
26. Gambia
27. Guinea
28. Guinea-Bissau
29. Honduras
30. Kiribati
31. Kosovo
32. Laos
33. Lesotho
34. Liberia
35. Libya
36. Liechtenstein
37. Madagascar
38. Malawi
39. Maldives
40. Mali
41. Malta
42. Mauritania
43. Monaco
44. Myanmar
45. Nauru
46. Nicaragua
47. Oman
48. Palau
49. Palestin
50. Papua New Guinea
51. Rwanda
52. Saint Lucia
53. Saint Vincent dan Grenadines
54. Sao Tome dan Principe
55. Yaman
56. Seychelles
57. Sierra Leone
58. Somalia
59. Sudan Selatan
60. Swaziland
61. Timor Leste
62. Turkmenistan
63. Tuvalu
64. Vanuatu