FOTO : KUIPs

SERAMAI 66 atlet dan tujuh jurulatih Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menyertai kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) Kali Ke-20 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) pada 10 hingga 14 Februari 2024 ini.

Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, berharap semua atlet yang mengambil bahagian dapat menunjukkan semangat kesukanan sepanjang kejohanan yang akan disertai oleh 13 kontijen lain yang mengambil bahagian.

May be an image of 1 person, dais and text

“Jagalah kesihatan masing-masing sambil bersukan dan merihatkan badan selain daripada berjuang untuk meraih kejayaan dalam kejohanan sukan yang diadakan setiap dua tahun sekali ini,” katanya selepas menyerahkan bendera kejohanan kepada Ketua Kontijen yang juga Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni, Dr Mohd Aizul Yaakob di Dewan Auditorium KUIPs Kampus Kuala Perlis.

May be an image of 10 people and text

Tujuh pasukan dari KUIPs yang akan menyertai kejohanan ini ialah pasukan bola sepak, futsal, ping pong, badminton, bola jaring, memanah tradisional dan catur.

May be an image of 3 people, dais and text