LIVERPOOL akan bertembung Arsenal di Anfield pada perlawanan yang berlangsung pada Ahad malam. Berikut adalah beberapa fakta menarik menjelang aksi Liverpool dan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Selepas gagal menang dalam empat perlawanan terakhir termasuk tiga kekalahan, The Reds sekali lagi akan berdepan perlawanan sukar hujung minggu ini apabila melayan kunjungan Arsenal yang berada di tangga teratas EPL.
Menurut Opta, kemenangan diperlukan oleh Liverpool untuk mengejar 10 di belakang Manchester United dalam kelompok empat teratas. Sementara itu, The Gunners mesti menang untuk menghampiri kejuaraan EPL musim ini.
1. Liverpool sentiasa menang dalam enam perlawanan terakhir di tempat sendiri menentang Arsenal dengan menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol setiap pertandingan dengan jumlah keseluruhan 22 gol.
2. Arsenal menyasarkan dua kemenangan dalam satu musim ke atas Liverpool buat kali pertama dalam EPL sejak musim 2009/2010.
3. Arsenal hanya mampu mengekalkan rekod bersih 20 peratus dalam EPL menentang Liverpool, 12 kali daripada 61 pertemuan. Itu adalah nisbah terendah Arsenal dalam pertandingan. The Gunners juga gagal menjaringkan gol terbanyak menentang Liverpool (20 kali).
4. Arsenal sebelum ini berdepan Liverpool lapan kali apabila berada di tangga teratas EPL, dengan rekod tiga kemenangan, tiga seri, dua kekalahan. Daripada lapan pertemuan itu, Arsenal menjaringkan 15 gol dan bolos 18 kali.
5. Mohamed Salah mempunyai rekod lima gol dan 2 assist menentang Arsenal di Anfield. Pemain Mesir itu juga mengintai rekod menjaringkan gol keempat berturut-turut di laman sendiri musim ini.
✅ 4-0 vs. Arsenal
✅ 3-1 vs. Arsenal
✅ 3-1 vs. Arsenal
✅ 5-1 vs. Arsenal
✅ 4-0 vs. Arsenal
✅ 3-1 vs. ArsenalJürgen Klopp on Liverpool’s record at Anfield against Arsenal in the Premier League. 📈 pic.twitter.com/eJ3G2rlL4d
— Football Daily (@footballdaily) April 7, 2023
6. Jurgen Klopp sentiasa menang dalam enam pertemuan terakhir menentang Arsenal dalam perlawanan di tempat sendiri EPL. Jurulatih terakhir yang menang tujuh kali di tempat sendiri menentang Gunners ialah John Nicholson bersama Sheffield United dari tahun 1921 hingga 1928.
7. Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale telah menyimpan rekod bersih sembilan kali di tempat lawan dalam EPL musim ini. Ramsdale mengintai rekod clean sheet di tempat lawan EPL dipegang oleh Petr Cech (11x pada 2004/2005) dan Ederson (11x pada 2018/2019).