TERHARU melihat solidariti tiada had daripada penyokong-penyokong Perak FC ketika kelab ini berdepan dengan fasa menyiksakan tanpa bayaran gaji yang telah beberapa bulan tidak diterima.

Bak kata ketua jurulatih Yusri Che Lah, kehadiran penyokong memberi impak besar kepada pasukan.