FOTO : KDA FC
KEDAH Darul Aman (KDA) FC akhirnya menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan apabila menundukkan cabaran Sarawak United FC 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar sebentar tadi.
Dua jaringan Mahmoud Al-Mardi dan satu dari Ronald Ngah di setiap babak cukup untuk mengecewakan pelawat untuk pulang hampa ke Kuching.
Kali terakhir Sang Kenari menang dalam aksi liga ketika menewaskan Penang FC pada 17 April lepas.