STADIUM Likas, Kota Kinabalu nampaknya bakal sekali lagi dipenuhi peminat setia The Rhinos apabila lebih separuh tiket bagi perlawanan aksi suku akhir Piala FA pada Sabtu telah dijual.
Berdasarkan info terkini Facebook Sabah Football Club, 10,000 tiket terjual dalam satu hantaran yang dimuat naik kira-kira dua jam lepas.
“Lakas kamurang yang belum beli tiket match QF Piala FA vs Selangor FC Sabtu ini! ,” kata kenyataan itu pada Khamis.
Tiket masih boleh dibeli melalui www.tickethotline.com.my
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu menjadi kelab pertama yang meloloskan diri ke peringkat suku akhir saingan Piala FA musim ini selepas menewaskan wakil Liga Premier, Kelantan United 2-1 di pusingan terdahulu.