KEJOHANAN Pencak Silat Dunia 2022 adalah edisi ke-19 dari World Pencak Silat Championships, kejuaraan dunia pencak silat yang telah dianjurkan sejak tahun 1982.
Kejuaraan ini akan berlangsung dari 26 hingga 31 Julai 2022 di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka.
Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022 ini sebagai tanda kembalinya pencak silat ke pentas dunia setelah penundaan edisi tahun 2020 yang sepatutnya dianjurkan di Sarawak.
Sebanyak 40 negara dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan India telah mengesahkan penyertaan dalam edisi ke-19 ini dan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mengumumkan sasaran tujuh pingat emas buat kontinjen negara.
Kejohanan Dunia ini terbuka untuk semua pesilat putra dan putri berusia 17 hingga 45 tahun. dengan semua peserta yang lahir dari tahun 1977 hingga 2005 agar memenuhi syarat untuk bertanding.
Malaysia juga mengadakan Festival Antarabangsa Silat Seni yang berlangsung dari 21 hingga 24 Julai di Kuala Lumpur dengan penyertaan dari berbagai negara peserta.
Kemasukan adalah percuma buat semua penonton yang mahu menyaksikan aksi jaguh-jaguh silat dari seluruh negara menampilkan seni dan bunga silat yang menjadi budaya turun temurun yang mendapat perhatian dan sokongan daripada UNESCO.
Dua kategori silat dipertandingkan iaitu Silat Tanding dan Silat Seni dengan kedua-dua kategori mempunyai kelas berat yang terbahagi kepada Putra dan Putri