SEMANGAT kesukanan dipamerkan oleh jurulatih badminton negara, Hendrawan begitu tinggi semasa perlawanan kedua bertemu Jamaica di Sukan Komanwel 2022, awal pagi Sabtu.
Dia meminjamkan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Rickets untuk meneruskan perlawanan selepas kasut yang dipakai juara kebangsaan negara itu rosak.
Ketika itu, Rickets sedang berdepan Ng Tze Yong dan mendahului 5-4 di set kedua. Dia juga menepuk tangan ke udara sebagai ‘isyarat’ terima kasih kepada Hendrawan yang berada di bangku luar gelanggang.
coach Hendrawan 🇲🇾 lends his shoes to Jamaica players to continue the match after the shoes that the player wears are damaged, pure heart and soul, full of love 🫠❤️🇲🇾💪🏼 #Birmingham2022 pic.twitter.com/M1G9JFoKbr
— ongteo bwc22 medalist 🤜🏼🤛🏼 (@fourtknightttt) July 29, 2022
Malah, pemain Jamaica itu masih memakai kasut Hendrawan yang hebat dalam permainan beregu lelaki.
Bagaimanapun, aksi berpasukan menyaksikan Malaysia terlalu unggul untuk dikalahkan apabila gah menewaskan lawan 5-0 untuk kemenangan kedua selepas bermula langkah kanan ke atas Zambia dalam perlawanan pembukaan.
Acara beregu campuran, Peng Soon Chan-Yee See Cheah menumpaskan pasangan Jamaica, Joel Angus-Katherine Wynter 21-5, 21-12.
Tze Yong mengatasi Rickets dengan kemenangan 21-12, 21-16 dalam acara perseorangan lelaki.
Manakala, peseorangan wanita, Goh Jin Wei menang mudah ke atas juara wanita negara itu, Katherine Wynter dalam straight set, 21-2, 21-5.
Beregu lelaki, Teng Fong Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah mengalahkan Joel Angus-Ricketts, 21-7, 21-11.
Dalam perlawanan akhir, usaha Jamaica mendapatkan mata pertama gagal sekali lagi, kali ini dalam beregu wanita, apabila pasangan Tahlia Richardson-Wynter ditewaskan, 21-8, 21-2 oleh Muralitharan Thinaah-Pearly Tan Koong Le.