KONTINJEN Malaysia meraikan emas pertama Sukan Komanwel 2022 di Birmingham menerusi atlet angkat berat Mohd Aniq Kasdan pada Sabtu.

Atlet berusia 20 tahun kelahiran Johor itu menamatkan saingan snatch dengan angkatan seberat 107 kilogram dalam percubaan pertamanya dan kemudian memecahkan rekod Sukan Komanwel dalam saingan clean and jerk dengan angkatan 142 kilogram.

Dengan jumlah keseluruhan, pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2021 ini mengumpul angkatan seberat 249 kilogram untuk memenangi pingat emas pertama kontinjen negara.

Untuk rekod, Aniq juga merupakan pemenang pingat emas pada Kejuaraan Angkat Berat Komanwel di Tashkent tahun lalu.