TERENGGANU FC (TFC) sedia menggembirakan penyokong setia apabila beraksi sebagai tuan rumah buat pertama kalinya musim ini selepas tiga perlawanan apabila berdepan Selangor FC, pada Jumaat.

Tiga aksi Liga Super terdahulu TFC bertandang ke tempat lawan iaitu menentang Petaling Jaya City FC kalah 3-0, juga tewas kepada Johor Darul Ta’zim (2-1) sebelum bangkit meraih kemenangan sulung mengatasi Sarawak United FC 2-0.

Aura Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pasti dirindui sang pemain TFC khususnya Manuel Ott yang teruja ingin beraksi dihadapan penonton sendiri.

Memetik kata-katanya dalam portal Terengganu FC, Manuel Ott tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja dan bertekad untuk memburu keputusan positif.

Peningkatan prestasi serta semangat juang dipamerkan oleh rakan sepasukan dalam tiga perlawanan lalu menjadi tonik untuk pasukan kendalian Nafuzi Zain melakar kemenangan kedua liga menjelang aksi berdepan Selangor FC.

Namun, pelawat bukan lawan yang mudah dijinakkan kerana pastinya kunjungan ke Gong Badak pasti bukan pulang dengan tangan kosong yang dalam misi mengekalkan momentum kemenangan.

Segar kejayaan membelasah Kedah Darul Aman FC 4-1 pada 10 April lepas, Selangor FC memasang impian sama mengutip mata penuh.

Rekod menunjukkan kedua-dua pasukan telah bermain tiga perlawanan cuma Selangor berkelebihan lima mata berbanding TFC baru mengumpul tiga mata.

Penyerangnya, Norhakim Hassan yang dipetik dari Twitter Selangor FC berkata : “Fokus kini beralih ke perlawanan menentang TFC, pada Jumaat. Semoga kita dapat kekalkan kemenangan dan bawa pulang tiga mata untuk semua.

Flash Sukan akan hadir membuat liputan perlawanan tunggal Liga Super 2022 dan kita jumpa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.!