CHELSEA semakin hampir mendapatkan khidmat pertahanan Brighton & Hove Albion, Mark Cucurella ke dalam skuad kendalian Thomas Tuchel.

Sebelum ini, dilaporkan Manchester City juga sedang mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun itu, namun mereka hanya ingin membayar 30 juta Euro jauh berbeza dari jumlah yang diminta Brighton, iaitu sebanyak 50 juta Euro.

Perkhabaran tersebut disambut baik Chelsea yang sanggup membayar 50 juta Euro untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Sementara itu, pengendali The Blues, Thomas Tuchel telah bersedia mendapatkan khidmat pemain Sepanyol tersebut dengan yuran perpindahan 50 juta Euro.

“Chelsea bersetuju membayar 50 juta untuk Marc Cucurella, sesuatu yang Manchester City tidak setuju dengan amaun tersebut.

“Pemain ini sebenarnya ingin ke Manchester City namun pada masa yang sama saya rasa dia juga teruja untuk bersama Chelsea. Kalau dia ke Stamford Bridge, dia tetap akan bermain dalam Liga Juara-Juara,” kongsinya kepada Sky Sports.

Untuk rekod, Cucurella mengharungi musim Liga Perdana Inggeris yang baik setelah berhijrah dari kelab lamanya, Getafe ke Brighton dan pernah dinobatkan Pemain Terbaik Brighton edisi lepas.