SEORANG pemain dari liga tempatan di Argentina ditangkap dan dihukum seumur hidup selepas didapati bersalah menyerang seorang pengadil wanita dalam satu perlawanan pada 31 Julai lepas.

Cristian Tirone dari kelab divisyen tiga Deportivo Garmense ditahan di padang setelah memukul Dalma Cortadi di bahagian belakang lehernya.

Kelab juga menjatuhkan hukuman larangan bermain seumur hidup.

Kejadian itu berlaku semasa perlawanan antara Club Deportivo Independencia dan Deportivo Garmense di liga tempatan Tres Arroyos di wilayah Buenos Aires.

Tirone (gambar bulat) didapati bersalah memukul pengadil wanita.

“Saya jatuh setelah dipukul dan saya tidak ingat apa-apa lagi. Ketika saya bangun, saya berasa berpusing dan seperti ingin muntah.

“Tindakan seperti ini tidak boleh berlaku lagi. Tidak timbul persoalan jenis jantina.

“Ia memang berlaku kepada saya sebagai seorang wanita, namun (kekerasan) juga terjadi kepada lelaki,” kata Cortadi yang dikejarkan ke hospital seperti dilapor Radio Activa 97.9.

Insiden ini mendapat perhatian Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA) yang malu dengan kejadian berkenaan.

“AFA menentang dan mengutuk tindakan pemain Cristian Tirone (Dep. Garmense) terhadap Dalma Cortadi, yang menjadi mangsa kekerasan fizikal.

“Peristiwa ini tidak akan berulang di stadium lain di liga bola sepak kami,” katanya.