PENJAGA gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT) Farizal Marlias kembali bermain ketika aksi bertemu Kawasaki Frontale pada Khamis.

Pemain berusia 35 tahun itu direhatkan sebelum ini selepas mengalami sedikit kecederaan kerana berlanggar dengan rakan sepasukan ketika aksi Liga Super bertemu Terengganu FC minggu lalu.

Bagaimana pun dia kembali tampil dengan aksi baik bersama barisan pertahanan menghalang pemain-pemain lawan daripada menjaringkan gol.

Keputusan seri tanpa jaringan. Kedua-dua pasukan ini akan bertemu sekali lagi Ahad ini bagi saingan kedua Kumpulan I.