FOTO : KHAIRUL AKMA

FERNANDO Martin Forestieri yang melakukan jaringan kedua Johor Darul Ta’zim m-24 dilihat menerpa ke arah Fernando Rodríguez.

Suasana penuh emosi itu dapat disaksikan menerusi siaran langsung dan penonton di Stadium Sultan Ibrahim, pada Jumaat malam.

Ia merupakan malam terakhir Fernando Rodríguez bersama JDT kerana selepas ini akan menyertai kelab Indonesia, Persis Solo.

“Saudara, gembira dapat berkongsi gelanggang dengan anda. Terima kasih atas segala yang anda berikan kepada kelab ini.

“Kami akan merindui anda sebagai pemain dan sebagai orang yang luar biasa !!!

“Semoga berjaya untuk yang datang kepada anda dan keluarga,” ciapnya di Twitter pada Sabtu.