GIMNAS muda negara Ng Joe Ee mencipta kejutan dengan penampilan memukau untuk menyumbang emas kelima dan keenam Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 menerusi disiplin bola dan riben.

Biarpun pertama kali berakhir pada temasya itu, gerakannya yang anggun dan cekap menangkap bola di Arena Birmingham memikat barisan pengadil bagi merekodkan 29.700 mata, sekaligus mencapai sasaran pingat emas bagi kem gimrama.

 

 

Lebih menggembirakan kontinjen negara, apabila Joe Ee membuat satu lagi kejutan dengan meraih pingat emas keenam menerusi disiplin riben dengan mencatat 27.800 mata sakaligus mencapai sasaran emas keseluruhan negara.

Selain itu, seorang lagi atlet gimnas negara Izzah Amzan sekadar mendapat tempat ketujuh daripada lapan atlet selepas mencatat 25.800 mata dalam pusingan akhir disiplin gelang.