PASUKAN Bawah 16 Tahun negara terpaksa menerima hakikat tersingkir awal pada Kejuaraan AFF B-16 2022 selepas gagal mengatasi Australia untuk menduduki tangga teratas Kumpulan C.
Malaysia yang hanya mahukan kemenangan untuk layak terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Maguwoharjo, Sleman.
Australia yang sudah pun tersingkir dari kejohanan selepas tewas kepada Myanmar dan Kemboja mempamerkan aksi yang baik sekaligus menyentak semangat anak-anak buah Osmera Omaro.
Dua gol skuad negara dijaringkan oleh Anjasmirza Saharuddin untuk memadam kelebihan awal Ayman Gulasi namun Max Hately menjadi pemusnah apabila menyamakan kedudukan pada babak kedua perlawanan.
Para pemain negara cuba memberikan tekanan buat Australia pada lewat permainan untuk mendapatkan jaringan kemenangan namun masih gagal mendapatkan gol kemenangan sekaligus hampa untuk gagal layak ke peringkat seterusnya.
Keputusan Masa Penuh
Kejuaraan B-16 AFF 2022 | Isnin, 8 Ogos 2022
MALAYSIA 🇲🇾 2-2 🇦🇺 AUSTRALIA
⚽️ Anjasmirza Saharudin 36' 48'
⚽️ Ayman Gulasi 17' Max Hately 65'Kredit Foto: AFF #FAM #HarimauMalaya #AFFU16 pic.twitter.com/no5OBuLgIE
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 8, 2022
Carta Kedudukan Akhir Kumpulan C, Kejuaraan B-16 AFF 2022
* Selepas Hari Perlawanan 3 pada Isnin, 8 Ogos 2022
MYANMAR 🇲🇲 1-0 🇰🇭 KEMBOJA
MALAYSIA 🇲🇾 2-2 🇦🇺 AUSTRALIA▶️ Malaysia gagal ke separuh akhir, Vietnam naib juara kumpulan terbaik (6 mata)#FAM #HarimauMalaya #AFFU16 pic.twitter.com/KVJ7Ywe8Vv
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 8, 2022
Dalam satu lagi perlawanan, Myanmar menewaskan Kemboja 1-0 untuk mengiringi Indonesia dan Thailand sebagai juara kumpulan manakala Vietnam layak sebagai pasukan tempat kedua terbaik.
Keputusan ini gagal menepati sasaran ke separuh akhir yang diletakkan sebelum kejohanan bermula dan kini sesuatu perlu dilakukan bagi mengenalpasti kelemahan yang menjadi punca keputusan yang mengecewakan ini.