PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi DNA kelab sehingga berjaya merangkul 32 trofi termasuk yang dirangkul skuad utama dan juga akademi.
Menerusi perkongsian Tunku Ismail di Instastorynya, DNA yang digunakan adalah darinya sendiri iaitu TMJ, Johor.
“Bermula dari awal falsafah adalah berdasarkan daripada karakter sendiri dan apa yang saya minta daripada setiap orang yang bekerja di kelab. Kawalan kualiti bermula dari infrastruktur sehingga gaya bola sepak yang saya ingin dimainkan dalam pasukan.
“Club philoshophy: dominate, never say die, determine, discipline, innovate, progress.”
Tambah TMJ, di JDT hanya ada satu bos sahaja iaitu dirinya.
“Saya membuat semua keputusan dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku di dalam kelab.
“Contoh, saya berhubung dengan jurulatih dan pihak pengurusan setiap hari. Jurulatih akan share saya strategi dan pemilihan pemain. Saya pula akan demand macam mana saya nak team main dan pemain mana saya rasa sesuai. Jurulatih akan buat persiapan dalam training mengikut demand saya atau apa saya inginkan. Alhamdullilah di JDT kita boleh lihat hasilnya. Dan pihak pengurusan/jurulatih dapat instruction daripada saya jikalau apa-apa berlaku, baik atau buruk saya bertanggungjawab,” tulis TMJ.
Malah Tunku Ismail juga turut berkongsi faktor paling penting dalam bola sepak.
“Man management – Ini adalah benda paling mustahak dalam football club. Dressing room energy. Buatlah apa pun jikalau 30 pemain kalau pemain taknak berlari atau bersungguh-sungguh kita tidak akan dapat result.”
Selain itu Tunku Ismail turut mendedahkan mengenai pemain-pemain yang bakal menandatangi kontrak bersama kelab.
“Saya dan jurulatih akan nilai setiap pemain mana yang harus di sign oleh kelab base on pemain tersebut boleh mengikut falsafah kelab atau style of football.
“Saya kenal setiap pemain. Daripada akademi hingga ke first team. Syaa juga yang membuat keputusan berkenaan kontrak pemain. Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas? 11 ribu sahaja. Tetapi bermain bersungguh-sungguh. Kenapa? Kerana macam mana saya jaga setiap pemain. Contoh bonus – bonus akan diberikan kepada pemain yang memberi 100 peratus in training dan match,” tulisnya lagi.
Di pengakhiran perkongsiannya, Tunku Ismail turut memberitahu sekiranya ingin maju untuk menguruskan kelab bola sepak, Kerajaaan, dunia korporat hanyalah dua perkara mudah iaitu, pengetahuan dan paling mustahak ‘sikap kemanusiaan’.