SELANGOR FC mengumumkan telah melepaskan Michael Feichtenbeiner daripada jawatan Ketua Jurulatih secara persetujuan bersama berkuat kuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat selepas perbincangan diadakan antara pihak pengurusan tertinggi kelab dan pengendali Jerman itu dan Michael akan kekal sebagai Pengarah Sukan Selangor FC, jawatan yang disandang sejak tahun 2020.
Selain itu, Selangor FC juga mengumumkan pembantu jurulatih, Nidzam Jamil akan mengambil alih pasukan sebagai Jurulatih Interim sehingga tamat musim 2022 dan misi mencari jurulatih baharu giat dijalankan.
“Selangor FC hari ini mengumumkan bahawa pihak pengurusan tertinggi dan Michael Feichtenbeiner telah mencapai persetujuan bersama untuk beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih Pasukan Utama yang telah digalas selama setengah musim bagi memberi fokus sepenuhnya kepada projek pembangunan bola sepak Selangor sebagai Pengarah Sukan Selangor FC yang disandang beliau sejak tahun 2020.
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐦𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 : 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐅𝐂. 📃
Swipe untuk baca kenyataan penuh atau layari laman rasmi https://t.co/DIuHO8Ihc5.https://t.co/UwBoRneryT#MKLK pic.twitter.com/JunAHtozE3
— Selangor FC (@selangorfc) August 9, 2022
“Pencarian Ketua Jurulatih baharu sedang dijalankan dan pihak Kelab akan membuat pengumuman lanjut sebaik sahaja segala penelitian telah dibuat. Tugas tersebut kini digalas oleh Pembantu Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil yang akan mengambil alih tanggungjawab mengemudi pasukan utama Selangor sebagai Ketua Jurulatih sementara (Interim Head Coach) bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2022,” tulis kenyataan media itu.
Selangor FC berdepan situasi terumbang ambing apabila sekadar menduduki tempat ketujuh dalam Liga Super dengan 16 mata dari 13 perlawanan dan tersingkir dari perebutan tiket ke Asia selepas tewas di separuh akhir Piala FA baru-baru ini.
Ini adalah kali kedua Selangor FC melakukan pertukaran jurulatih selepas pengendali musim lalu, Karsten Nielsen direhatkan ekoran prestasi yang tidak menentu dan digantikan oleh Michael Feichtenbeiner.