WALAUPUN Chelsea berjaya menewaskan Everton 1-0 di Goodison Park, namun Raheem Sterling masih gagal menjaringkan gol ketika pertemuan tersebut.

Rata-rata penyokong Chelsea menggambarkan perasaan simpati mereka terhadap Raheem Sterling semasa menyaksikan pasukan kesayangan mereka  menentang Everton dalam aksi yang berlangsung di Goodison Park pada Ahad.

Seperti biasa, pemain berusia 24 tahun itu mempamerkan ketajamannya di bahagian serangan dengan larian merbahaya bagi mengancam kubu lawan.

Bagaimanapun, ianya gagal dihidu arkitek tengah The Blues, Jorginho yang melakukan hantaran ke belakang kepada Ngolo Kante menyebabkan mereka terlepas peluang menjaringkan gol.

Detik tersebut antara Jorginho dan Sterling mengundang simpati penyokong kepada pemain England itu.

Menerusi ciapan laman Twitter milik @TheBeardedRaul, dia berkongsi klip dalam talian dengan kapsyen “Saya sangat simpati kepada Sterling. Jika Kevin De Bruyne berada di sana sudah tentu bola akan dihantar ke Sterling,” ujarnya.

Chelsea dilihat berdepan masalah pada jentera tengah kerana pemain tidak begitu kreatif untuk membuat hantaran yang boleh memerangkap pasukan lawan.

The Blues akan melayan kunjungan Tottenham Hotspurs dalam aksi seterusnya di Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stamford Bridge pada Ahad.