RENTAK cemerlang Perak FC diteruskan apabila bangkit mencatat kemenangan sensasi 2-1 ke atas Kelantan FC dalam aksi Liga Premier 2022 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang ini.
Bagaimanapun, pendahulu semasa liga itu bermula baik dengan membuka tirai jaringan seawal minit kedua oleh tandukan Jasmir Mehat untuk menceriakan kira-kira 8,000 lebih penyokong The Red Warriors.
Kegembiraan tuan rumah tidak kekal lama selepas Wan Zack Haikal Wan Noor segera menyamakan kedudukan m-14 yang melepaskan satu rembatan half-volley padu terus menerjah gawang Kelantan.
Perak lebih mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama dan berjaya menambah gol enam minit selepas itu hasil ‘bantuan’ Khairul Helmi Johari menanduk masuk ke gawang sendiri hasil lambungan pemain pertahanan, Kamal Arif.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LP14#LigaPremier2022 pic.twitter.com/M1sb2enJIF
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) August 10, 2022
Bagi menambah sengat, Yusri Che Lah melakukan pertukaran memasukkan Ferris Danial Mat Nasir, Indra Putra Mahayuddin, Syamim Yahya, Nasrol Amri dan Aiman Yusnidi babak kedua namun tiada sebarang penambahan gol sehinggalah tamat permainan.
The Bos Gaurus kini mengumpul tujuh mata, beraksi 14 perlawanan dan akan berkunjung ke Pasir Gudang bertemu Johor Darul Ta’zim II pada Sabtu ini.