KEJAYAAN Kuala Lumpur City FC mara ke final Zon Asean Piala AFC 2022 jelas menceriakan peminat bola sepak tempatan.
Tidak terkecuali perasaan teruja ini turut dirasai penyerang berpengalaman KL City, Safee Sali.
“Yesss kami berjaya. Sentiasa bawa aura positif dan tuah.
“Sikap yang betul membuat ini berlaku. Tambah satu lagi final dalam kerjaya saya,” ujar bekas pemain kebangsaan berusia 38 tahun itu.
Sepanjang karier, dia sudah merasai kejayaan memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Sultan Ahmad Shah ketika bersama Selangor (2009-2010) dan Johor Darul Ta’zim (2014-2016) serta Piala Malaysia musim lepas.
Pencapaian terbesar adalah membantu Harimau Malaya memenangi kali pertama Piala AFF Suzuki 2010 semasa di bawah kendalian Datuk K Rajagobal.
Forever in time 🤩#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/KXA8nnnu9E
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) August 11, 2022
Skuad warga kota akan menghadapi kelab Indonesia, PSM Makassar dalam aksi final Zon Asean di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras yang dijadualkan pada 24 Ogos depan.