SKUAD hoki dalam dewan lelaki kebangsaan berjaya layak ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang Kazakhstan pada Ahad.
Walaupun mengalami sedikit kesukaran untuk layak ke final apabila diikat Indonesia semalam, skuad kendalian Muhamad Amin Rahim berjaya mendapatkan satu mata berharga untuk menduduki tangga kedua kumpulan round robin ini.
Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Aslam Hanafiah dan ianya cukup untuk melayakkan Malaysia ke final esok bertemu juara bertahan, Iran manakala Kazakhstan dan Indonesia akan berentap untuk tempat ketiga dan keempat.
Men's Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand
Round Robin – 14 August 2022
FULL TIME
Kazakhstan 1-1 Malaysia
22' PS Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah
30' PC Daulet Urmanov**MALAYSIA IN THE FINAL pic.twitter.com/0noTofZ6IQ
— MHC (@hockeymalaysia) August 14, 2022
Kemenangan ini juga dapat menebus kehampaan pada edisi 2019 apabila Malaysia tewas kepada lawan yang sama pada peringkat separuh akhir sekaligus gagal ke final dan terlepas tiket ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan.
Malaysia menduduki tempat kedua di belakang Iran dalam peringkat kumpulan sepusingan dengan 11 mata hasil tiga kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.
Skuad kebangsaan akan bertemu Iran dalam aksi final yang dijadualkan pada jam 6 petang esok di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok Thailand untuk bergelar juara Asia.