KEDAH Darul Aman FC terpaksa gigit jari daripada meraih kemenangan keenam apabila diikat Sabah FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.
Gol tandukan tunggal Ronald Ngah Wanja di awal babak pertama tidak kekal apabila pemain gantian, Farhan Roslan menyamakan kedudukan sehinggalah ke tiupan wisel penamat.
Hampir 5,000 penyokong Hijau Kuning tetap hadir memberikan sokongan kepada anak buah Aidil Sharin yang dikecam hebat berikutan prestasi tidak menentu sepanjang musim ini.
Bekas kapten Kedah yang kini bersama The Rhinos, Baddrol Bakhtiar banyak memainkan peranan di bahagian tengah pelawat dan beberapa kali mencemaskan kubu tuan rumah.
6' GOL | Ronald Ngah membuka tirai jaringan seawal minit keenam!@kda_fc 1-0 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/4wpgoegcag
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) August 17, 2022
Kedudukan carta liga juga memperlihatkan Kedah terus kekal di bawah Sri Pahang FC untuk berada di tangga keenam dan mengutip 18 mata.
Kedah selepas ini akan turun menentang jiran tetangga, Penang FC perlawanan ke-15 pada di Alor Setar, 2 September depan.
84' GOL | Farhan Roslan menyudahkan hantaran lintang Saddil Ramdani untuk gol penyamaan!@kda_fc 1-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/cbOqoc0xp3
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) August 17, 2022