SUKAN Para Asia 2022 bakal diadakan pada 22 hingga 28 Oktober 2023 di Hangzhou, China.
Edisi keempat Sukan Para Asia yang sepatutnya berlangsung pada Oktober ini terpaksa ditangguh berikutan penularan Covid-19.
Keputusan mengenai tarikh baharu itu dibuat selepas perbincangan diadakan antara Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Asia Hangzhou (HAPGOC), Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan China, Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) dan pihak berkepentingan lain.
Tempoh temasya tetap tidak berubah. Tarikh baharu dipersetujui selepas menganggap Sukan Para biasanya diadakan dua minggu selepas penutupan Sukan Asia dan memastikan tarikh yang dicadangkan tidak bercanggah dengan acara antarabangsa lain.
📢 The 4th Asian Para Games in Hangzhou 🇨🇳 has a new date. 🥳
The much-awaited #Hangzhou2022 APG will now be held from October 22 to 28, 2023. #AsianParaGames #Hangzhou2022APG
For details: https://t.co/QALFCQw6X4@19thAGofficial l @Paralympics l @AsianGamesOCA pic.twitter.com/KMZL7GHgZu
— Asian Paralympic (@asianparalympic) August 17, 2022
Majlis Olimpik Asia bulan lepas mengumumkan tarikh baharu Sukan Asia, yang kini akan diadakan dari 23 September hingga 8 Oktober 2023.
“Kami gembira untuk mengumumkan tarikh baharu Sukan Para Asia, yang diluluskan oleh Lembaga Eksekutif APC. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada HAPGOC (penganjur), Jawatankuasa Paralimpik China dan kerajaan wilayah Hangzhou dan Zhejiang atas sokongan dan usaha berterusan mereka untuk memastikan temasya itu berlangsung pada tarikh baharu,” kata Presiden APC, Majid Rashed dalam satu kenyataan pada Khamis.
Majid juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC), Persekutuan Antarabangsa Asia dan pihak berkepentingan lain atas kesabaran dan kepercayaan mereka terhadap APC dan Hangzhou 2022 dalam mengumumkan tarikh baharu temasya sukan ini
Ini adalah kali kedua China menjadi tuan rumah Sukan Para Asia selepas kejayaan penganjuran edisi pertama temasya itu di Guangzhou pada 2010.