PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT) Hector Bidoglio menjangkakan satu perlawanan yang sukar buat mereka apabila menentang Urawa Red Diamonds pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC esok.
Namun bekas pemain antarabangsa Venezuela itu tetap yakin anak-anak buahnya mampu melakar keputusan positif dan akan bermain habis-habisan dalam perlawanan di Stadium Saitama 2002 itu.
Dia juga mahu pasukannya mengawal perlawanan untuk menyukarkan Urawa kerana itu adalah salah satu langkah terbaik mengekang wakil dari Jepun itu.
PRESS CONFERENCE | JDT VS URAWA RED DIAMONDS
More photos at https://t.co/QFlMFveBB9#JDTvRED#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/pu3RfY1BMX
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 18, 2022
“Ianya pasti satu perlawanan yang sukar namun kami akan bermain dengan sebaik mungkin dan akan bermain untuk negeri Johor. Kami bekerja keras untuk meningkatkan mental pemain dan membuktikan kami mampu untuk memenangi perlawanan ini.
Para pemain JDT adalah antara manusia yang mempunyai kekuatan mental yang baik dan ini penting untuk menghadapi perlawanan seperti ini kerana mereka perlu percaya yang mereka mempunyai peluang.
“Kami tahu mereka gemar bermain hantaran-hantaran pendek dan sering memberikan tekanan kepada lawan. Apa yang penting, kami perlu memegang bola untuk menyukarkan mereka mengatur permainan,” katanya ketika sidang media pra perlawanan.
Keyakinan sama turut dilaung ketua pasukan, Farizal Marlias yang bersyukur kerana berjaya melepasi peringkat kumpulan dan dia percaya rakan sepasukan mampu untuk melakukan sesuatu esok.
“Syukur Alhamdulillah kerana kami berjaya melepasi peringkat kumpulan. Kami bekerja sangat keras untuk itu dan perlawanan esok bukanlah mudah tetapi saya percaya kami mampu melakukan sesuatu esok,” jelas Farizal dalam sidang media yang sama.
JDT akan berhadapan Urawa Red Diamonds dalam peringkat 16 terbaik esok dengan pemenang akan ke peringkat suku akhir yang akan ditentukan menerusi undian pada Sabtu.