PENYERANG Selangor FC Bawah 19 Tahun (B-19) Harry Danish Haizon muncul wira Selangor FC apabila mencetak nama sebagai penjaring tunggal aksi Final 1 Piala Belia ke atas Sri Pahang FC yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam, Jumaat malam.

Turut hadir,  Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyaksikan perlawanan sengit kedua-dua pasukan ini.

 

Babak pertama perlawanan berlangsung seimbang dengan deretan peluang terhidang namun gagal disudahkan jentera serangan.

Bersambung babak kedua, perlawanan nyata dikawal pemain Selangor apabila lebih kerap membuka perlawanan dengan banyak melakukan hantaran jauh.

Meskipun Selangor FC melakukan serangan bertali arus ke kubu lawan, namun jentera serangan gagal menemui gol tambahan buat Gergasi Merah.

Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat menyaksikan Selangor FC membawa kelebihan satu gol ke tempat lawan pada aksi timbal balik pada 26 Ogos ini.