PERMAINAN futsal sama seperti bola sepak yang mana tendangan dilakukan pemain lawan cukup kencang dan pernah tercatat sejarah ada penjaga gawang yang mengalami patah jari.!

Tapi, tidakkah anda terfikir bahawa rata-rata pemain di posisi gawang memilih untuk tidak melindungi tangannya. Mengapa ya?

Sebenarnya perkara ini menjadi kebiasaan untuk sukan bola sepak. Semua akan memakai ‘glove’ berbanding futsal seperti yang anda tonton di kaca televisyen mahupun melihat beberapa kepingan foto dalam media sosial.

Walhal, peranan mereka tidaklah terlalu ketara jika nak dibandingkan dengan bola sepak. Bermula dari menangkap bola, menepis dan menggagalkan percubaan berbahaya pasukan lawan yang pada kebiasaannya lebih keras dan kerap tepat ke sasaran.

Jangan bimbang, ada jawapan di sebalik persoalan yang menarik ini. Menurut laporan herfootballhub, tangan kosong akan memiliki ‘feel’ yang lebih baik dalam mengawal dan melemparkan bola kepada rakan sepasukan ketika mencipta serangan.

Penjaga gol futsal Malaysia (hijau) tidak memakai ‘glove’ semasa perlawanan Kejuaraan Futsal AFF 2022 yang lepas. Foto: FAM

Dalam permainan futsal, penjaga gawang bekerja lebih banyak untuk menghadang bola termasuk pantas dalam melakukan penyelamatan atau menangkapnya. Maka, peranan sarung tangan tidak terlalu penting.

Berbanding bola sepak, penjaga gawang menghabiskan lebih banyak masa untuk menangkap, menguasai bola atau melakukan tepisan dengan jari.

Oleh itu, penggunaan sarung tangan juga memberikan cengkaman yang lebih baik buat pemain bola sepak sama ada ketika mereka beraksi dalam cuaca hujan atau bersalji.

Tambahan pula, ia bertujuan mengekang elemen sepakan deras seperti Cristiano Ronaldo yang melepaskan sepakan secara tiba-tiba.

Kini, anda sudah tahu bukan fakta berkaitan mengapa penjaga gawang futsal tak pakai ‘glove’ semasa beraksi di gelanggang.

Jom senaraikan koleksi ‘glove’ kegemaran yang pernah anda miliki ataupun mungkin berhajat untuk mendapatkannya di kedai sukan terdekat.