FOTO : IZARI ROSLI
GELAGAT pengendali Kuala Lumpur (KL City) FC, Bojan Hodak yang memeluk anggota FRU semasa perlawanan final Zon Asean Piala AFC 2022 di Stadium Cheras mencuit hati pelbagai pihak.
Lensa FLASH SUKAN sempat memotret detik istimewa itu sejurus perlawanan berakhir.
Bojan seolah-olah tidak dapat mengawal perasaan teruja dan gembira apabila KL City bersahaja membelasah wakil Indonesia, PSM Makassar 5-2 untuk mara ke peringkat seterusnya.