PENANTIAN 45 tahun kem beregu kebangsaan nyata dijelmakan oleh gandingan bertuah Aaron Chia – Soh Wooi Yik apabila merangkul emas pertama buat kem beregu Malaysia setelah menumpaskan Hendra Setiawan – Mohamad Ahsan 21-19 21- 14 dalam Kejohanan Badminton Dunia(BWF) kali ini.
Bumi Tokyo menjadi saksi segala perit getir gandingan tersebut apabila sering dikritik ekoran kegagalan mereka di peringkat separuh akhir, namun hari ini di pentas dunia mereka membuktikan kemampuan masing-masing.
Lebih manis lagi, kejayaan tersebut bukan sahaja dirasai Aaron dan Wooi Yik namun menyuntik perasaan sebak di hati penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung.
Look at this 👀! Behind the back defence from Chia 🇲🇾 but it’s not enough.
Follow live action: https://t.co/TjoFnU4PnB#BWFWorldChampionships #Tokyo2022 pic.twitter.com/7PAWNs6Jub
— BWF (@bwfmedia) August 28, 2022
Tangisan kedua-dua pemain negara ini jelas menggambarkan betapa beratnya beban yang dipikul sebelum dapat mengharumkan nama Malaysia sehingga ke pentas terbesar dunia.
Aaron-Wooi Yik mencatat kemenangan berjaya ke atas pasangan Indonesia itu dengan keputusan 21-19,21-14.