UJIAN kecergasan telah diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada Selasa dengan dihadiri seramai 22 orang pengadil dan penolong pengadil untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2023.
Ia terdiri daripada 14 orang Pengadil FIFA 2022 (enam pengadil dan lapan penolong pengadil) serta lapan orang pengadil kebangsaan yang berpotensi (enam pengadil dan dua penolong pengadil) untuk berada dalam senarai Pengadil FIFA 2023.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM turut hadir menyaksikan sesi ujian berkenaan.
Instruktur bagi ujian kecergasan ini terdiri daripada Kassim Kadir Bacha, C Ravichandran dan Abdul Basith Hamid.
Ujian Kecergasan Untuk Pendaftaran Pengadil FIFA 2023
Ujian kecergasan ini telah diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi dengan dihadiri seramai 22 orang pengadil dan penolong pengadil.
▶️ Baca penuh & lagi gambar di https://t.co/FOhzAPZkeQ#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/lK7dRCDPgG
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 30, 2022