SKUAD bola sepak negeri yang menjuarai Piala Malaysia pada 1995 ditawar Rumah Idaman Selangor bernilai RM250,000.

Simbolik penyerahan kunci rumah disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari kepada pemain dan wakil sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Selasa malam.

Pada 24 Jun tahun ini, Amirudin memaklumkan bekas pemain skuad Selangor yang menjulang Piala Malaysia pada 1995 menerima tawaran Rumah Idaman Abadi di Kajang 2, mukim Semenyih.

Pada November 1995, pasukan Selangor menjuarai Piala Malaysia buat kali ke-28 selepas menewaskan Pahang dengan jaringan 1-0 di Stadium Shah Alam.

Susulan itu, kerajaan negeri ketika itu menjanjikan ganjaran sebidang tanah berkeluasan 0.4 hektar kepada setiap pemain dan pegawai pasukan Selangor.