PASANGAN beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal menerima lebih banyak ganjaran daripada kerajaan, susulan pencapaian bersejarah muncul Juara di Kejohanan Dunia, minggu lalu.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, gandingan di ranking kelima dunia itu layak diberi ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) sebanyak RM20,000, namun berasakan kejayaan muncul anak Malaysia peratma di Kejohanan Dunia, ia perlu diberi pertimbangan lebih baik.

“KBS (Kementerian Belia dan Sukan) akan beri ganjaran selain Shakam kepada mereka berdua, namun kita tidak dapat umumkannya sekarang.

Ahmad Faizal memberi ucapan ketika sambutan pasangan beregu badminton negara, Aaron dan Wooi Yik pagi Khamis.

“Kita tidak mahu mereka besar kepala dan ingin melihat lebih banyak kemenangan,” kata Ahmad Faizal, dalam siding media menyambut kepulang wira negara dari Tokyo, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Khamis.

Menurutnya, kerajaan melalui KBS, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempunyai hubungan Kerjasama rapat sekian lama dan kejayaan hari ini juga adalah hasil peruntukan yang diberi sejak dahulu, yang diharap menjadi pemangkin lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pengurusan BAM, barisan kejurulatihan, MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) selain Petronas yang menjadi penaja utama badan induk badminton negara itu, dalam memaju kejayaan bersejarah terbabit.