PEMAIN skuasy profesional negara, Mohammad Syafiq Mohd Kamal berpeluang memburu gelaran pertama tahun ini apabila mara ke separuh akhir Terbuka Bega, Australia pada Jumaat.
Pemain ranking ke-94 dunia itu diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan, berhempas pulas menundukkan rakan senegara, Darren Rahul Pragasm di suku akhir, dalam pertarungan lima set, 11-13, 11-7, 8-11, 11-7, 11-4 dalam masa 79 minit.
Dia menanti pemenang perlawanan suku akhir antara dua pemain Hong Kong, Wong Chi Him atau Lau Tsz Kwan, yang belum beraksi.
Terdahulu, di pusingan kedua, Mohammad Syafiq menyingkir cabaran pemain Hong Kong, Hong Tang Ming 11-7, 9-11, 11-5, 11-19 dalam masa 48 minit.
Turut mencuri satu tempat ke separuh akhir, pemain Wanita negara, Noor Aina Amani Ampandi yang mengatasi pemain Hong Kong, Fung Chinig Hei 11-5, 11-6, 9-11, 11-3 dalam masa 35 minit di pusingan suku akhir.
Di pusingan kedua, Noor Aina yang juga pemain ranking ke 93 dunia mengejutkan pilihan kelima kejohanan dari Australia, Alex Haydoun yang berada di ranking ke 82 dunia, dengan kemenangan tiga set tanpa balas, 11-7, 11-9, 11-8.
Bakal menantinya di separuh akhir, sama ada pilihan kedua dari England, Grace Gear atau seorang lagi pemain negara, Yee Xin Ying yang belum beraksi di suku akhir.
Terbuka Bega menawarkan hadiah kemenangan AS$12,000.