HASRAT dengan semangat berkobar-kobar itu disuarakan Wan Muhammad Arif Wan Junaidi, atau lebih dikenali sebagai Arif Junaidi, yang bergandingan dengan Muhammad Haikal Nazri dalam acara beregu lelaki kebangsaan.
Menurut Arif, gelaran Juara Dunia dimiliki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi sesuatu yang amat dicemburui, apatah lagi bagi pemain muda yang sebelum ini berasa pencapaian itu sebagai misi mustahil selama ini.
“Meremang bulu roma saya ketika melihat mereka menang ke atas gandingan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di final Kejohanan Dunia, di Tokyo.
“Selepas itu, ketika mereka naik podium menerima hadiah kemenangan, sebak dan teruja saya terutamanya apabila lagu Negaraku berkumandang, macam ada roh masuk, jadi bersemangat,” kata Arif.
Justeru, gandingan yang kini berada di ranking ke-59 dunia itu, mensasarkan untuk berada dalam kelompok 50 terbaik dunia tahun ini.e
Katanya, kejayaan Aaron-Wooi Yik menjadi pembakar semangat dia dan Haikal.
Ucapan buat @AaronChia24 dan @sohwooiyik daripada rakan sepasukan badminton negara Wan Arif. Semangat! 🧡💙 pic.twitter.com/igZq2CdQEZ
— Flash Sukan (@FlashSukan) September 1, 2022
“Mereka (Aaron-Wooi Yik) juga rakan sepasukan, rakan sparring dan kami ada bantu mereka ketika latihan, jadi kami perlu kerja lebih keras, pasti ada giliran rezeki buat kami.
“Saya dan Haikal jealous dengan kejayaan ini,” kata Arif.
Begitupun, Arif mengakui banyak lagi yang perlu dia dan Haikal perbaiki, terutamanya bergelar pemain yang mempunyai fizikal kecil berbanding lawan.
“Kelemahan kami tentunya dari segi power, smash dan speed. Kami kecil dalam gelanggang jadi speed kami harus lebih pantas berbanding sebelum ini,” katanya.
Sejak berada dalam skuad senior, Arif-Haikal merangkul tiga kejuaraan dan tiga naib juara.
Pada 2021, mereka menjuarai Terbuka Australia, Kejohanan Antarabangsa Hellas dan Kejohanan Antarabangsa Ukraine selain dua naib juara di Latvia International dan Terbuka Scotland.
Satu lagi naib juara dilakar di Masters Orleans tahun ini.