GELARAN  pelari menara nombor satu dunia sememangnya layak dipegang Soh Wai Ching, apabila terus menakluk takhta dikejuaraan di Eropah.

Kelmarin, Wai Ching muncul juara di Zagreb, Croatia apabila mengungguli kategori keseluruhan Cabaran Menara Zagreb (Zagrepcanka 512), mendaki 25 tingkat bangunan dengan 490 anak tangga berketinggian 83.3 meter.

Wai Ching memenangi perlumbaan itu dengan catatan masa 2 minit 38 saat.

Catatannya itu bagaimanapun gagal mengatasi rekod lapangan 2 minit 34 saat.

Wai Ching (dua kiri) muncul juara di Zagreb, Croatia selepas mendaki 25 tingkat bangunan dengan 490 anak tangga berketinggian 83.3 meter.

Pelari tuan rumah, Kristian Rubinic di tempat kedua dengan catatan masa 2 minit 55 saat dan Danijel Pecek ketiga, dengan masa 2 minit 58 saat.

Sementara itu, Wai Ching muncul naib juara acara Larian Satu Batu (One Mile Run) hari ini.

Dia Berjaya merakam masa 4 minit 43 saat dan menamatkan larian di tempat kedua keseluruhan.

Seterusnya, beliau mahu focus kepada kejohanan Great North Run iaitu acara separa marathon terbesar dunia yang akan berlangsung di England, 11 September ini.