MESKIPUN gagal membawa pulang tiga mata penuh ketika menentang Selangor FC, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih berjaya mencatat dua rekod baharu buat kelab paling berjaya dalam sejarah Liga Super ini.
Rekod pertama dicatatkan oleh penjaring gol pembukaan, Bergson Da Silva yang kini muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam Liga Super mengatasi Gonzalo Cabrera.
Bergson kini menjaringkan 44 gol hanya dalam tempoh dua musim dengan perlawanan berbaki lima perlawanan mengatasi 43 jaringan yang dilakukan Cabrera sepanjang lima musim berkhidmat bersama Harimau Selatan.
BERGSON BECOMES JDT'S ALL-TIME SUPER LEAGUE TOPSCORER
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) forward Bergson Da Silva is now JDT's all-time top goalscorer in the Super League with 44 goals.
[1/2] pic.twitter.com/ZRZxXF0VT6
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 5, 2022
JDT juga melebarkan rekod tanpa kalah di laman lawan kepada 45 perlawanan sejak Mac 2018, satu pencapaian yang sangat mengagumkan meskipun JDT kadang kala kelihatan bergelut apabila beraksi di luar Stadium Sultan Ibrahim.
Skuad kendalian Hector Bidoglio ini juga semakin menghampiri gelaran ‘invincible’ kedua iaitu melalui keseluruhan musim liga tanpa kalah selepas kali terakhir melakukannya pada 2016.
SUPER LEAGUE LONGEST UNBEATEN AWAY RUN
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/57tbWSMEZ3
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 4, 2022
JDT juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah pada musim 2020 tetapi hanya separuh perlawanan liga berlangsung ekoran penularan pandemik Covid-19.