TIMBALAN Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker mengambil langkah selamat dengan bersikap berkecuali apabila ditanya Flash Sukan siapakah yang bakal menjadi juara Piala FA pada Sabtu.
Dia yang ditemui ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Temasya Dunia Bola Tampar Pantai B19 Tahun itu juga mengucapkan selamat berjuang kepada kedua-dua pasukan.
“Antara Terengganu dan Johor di final, saya bersikap berkecuali kerana kedua-dua pasukan mempunyai skuad yang mantap dan mampu bergelar juara. Sukar untuk saya tentukan.
“Saya juga ingin mengucapkan selamat berjuang buat kedua-dua pasukan dan berharap mereka akan tunjukkan aksi yang menarik ditambah dengan semangat kesukanan yang tinggi antara mereka,” jelasnya secara eksklusif kepada FLASH SUKAN.
Saingan Piala FA kembali diadakan selepas dua tahun dibatalkan (2020 dan 2021) ekoran penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan keseluruhan kalendar Liga Malaysia.
Terengganu FC akan berentap bersama Johor Darul Ta’zim dalam aksi final yang dijangka menarik dengan juara bakal mendapat tiket ke Piala AFC musim hadapan.