TUAH buat Muhammad Syahmi Safari dan isterinya apabila memenangi Piala FA 2022 selepas kelab diwakilinya, Johor Darul Ta’zim menumbangkan Terengganu FC 3-1.
Syahmi yang dimasukkan pada penghujung babak kedua merasai detik manis minit permainan yang menobatkan JDT sebagai sang juara.
Kejayaan itu juga diraikan bersama tiga anak kembarnya yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Lebih manis lagi, kehadiran tiga cahaya mata Syahmi itu simbolik kepada kejuaraan Piala FA kali ketiga pasukan Johor Darul Takzim (Johor 1 kali, Johor Darul Takzim 2 kali) sepanjang penglibatannya bersama pasukan dari selatan tanah air itu.
Sejak 2017, Syahmi Safari telah mempamerkan persembahan yang menakjubkan ketika bersama Selangor FC sebelum berjaya dipancing JDT FC pada Januari 2022.
Selain itu, dia turut menikmati kejayaan pasukan kebangsaan meraih pingat perak dalam acara bola sepak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan skuad negara dinobatkan sebagai naib juara Piala Suzuki AFF 2018.