KELAB Catania telah dikecualikan daripada bersaing dalam Serie C.

Kelab yang berpangkalan di Itali itu secara rasminya telah muflis dan akan memulakan semula saingan pada musim panas ini di peringkat bahagian amatur.

Catania pada mulanya mengisytiharkan muflis pada bulan Disember tetapi dibenarkan untuk terus bermain kerana kelab itu dilelong, lapor sumber Italian Football TV – IFTV.

Catania dibeli secara lelongan dan pada mulanya menyangka telah diselamatkan tetapi pembeli tidak pernah muncul di mahkamah untuk memuktamadkan perjanjian itu.

Catania kali terakhir dalam Serie A pada 2013/14 dan kini akan bermain di peringkat amatur buat kali pertama sejak musim 1994/95.

Ironinya, Flash Sukan berharap isu yang sedemikian tidak berlaku kepada pasukan Liga Malaysia yang bertanding pada musim ini.!