SEGAR memenangi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY yang ke-9 baru-baru ini, pasukan Todak kini mengalih tumpuan sepenuhnya untuk negara dalam kejohanan Sukan SEA Hanoi 2021.

Namun, lawan yang menanti Todak tidak mudah di peringkat sukan Asia Tenggara kerana Indonesia dilihat pasukan pencabar dan memberikan cabaran getir nanti.

Memetik Facebook My Game On pada Rabu, jurucakap dan juga ahli pasukan Todak, Ciku berkata saingan terberat bagi pasukan Malaysia nanti mungkin Indonesia.

“Pemain mereka kesemuanya pemain bintang. Jadi, ia mungkin sukar untuk kami pasukan Malaysia bermain secara bar-bar.

‘Kami harus kurangkan kesilapan (berjaga-jaga) di dalam pertandingan nanti dan kami akan cuba yang terbaik di Sukan SEA nanti,” katanya.

Kejohanan Sukan SEA Hanoi 2021 kali ini mempertandingkan MLBB, PUBGM (solo), PUBGM (acara berpasukan), Wild Rift (wanita), Wild Rift (lelaki), Free Fire, FIFA Online 4, League of Legends, Arena of Valor dan Crossfire.

Pertandingan dijangka berlangsung pada 12 Mei hingga 23 Mei ini.