KEJOHANAN Badminton Asia (BAC) yang kini berlangsung di Manila menyaksikan gandingan beregu campuran pilihan keempat dari China, Wang Yi Liu-Huang Dong Ping menepati ramalan selepas mudah menundukkan pasangan negara Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei 21-9 21-19 sekaligus menempah tiket ke perlawanan suku akhir.

Sementara itu, aksi beregu lelaki pula terus menyengat apabila Goh Sze Fei- Nur Izzuddin berada di kelas tersendiri selepas menang mudah menentang Kang Min Hyuk dan Kim Wonho dari Korea Selatan dengan keputusan 21-17 21-17.

Satu lagi perlawanan yang berlangsung pagi ini menyaksikan beregu wanita negara yang diwakili Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing apabila terpaksa akur tewas kepada pilihan pertama dari China Chen Qing Chen -Jia Yi Fan dalam perlawanan straight set 18-21 16-21.