PENGENDALI Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak berpuas hati dengan kemenangan ketiga berturut-turut skuadnya dan gembira apabila dapat menurunkan kesemua lima pemain importnya buat kali pertama musim ini.
Aidil juga turut berasa bangga apabila anak-anak buahnya kini semakin faham dengan keramat Stadium Darul Aman dengan berpesan agar tidak membiarkan lawan pulang membawa mata.
“Saya gembira dengan kemenangan ini dan tahniah buat para pemain. Kami berjaya membuat analisa tentang permainan Selangor dibawah jurulatih baharu. Dua gol pada babak pertama sangat bagus walaupun melakukan kesilapan apabila melepaskan gol akibat kelekaan.
⚔ FULL TIME ⚔
This is Darul Aman! 🔥
FT | KDA FC 3 – 1 SELANGOR FC
⚽ 23' Ronald Ngah Wanja
⚽ 30' Marc Vales
⚽ 90+3' Fayadh Zulkifli⚽ 33' Caion#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #ligasuper2022 #KDASEL pic.twitter.com/4ZECiwkKwO
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 14, 2022
“Kami bertahan dengan baik pada separuh masa kedua untuk mengelak Selangor dari menyamakan kedudukan. Keseluruhannya kami layak untuk menang dan memberikan permainan yang menarik untuk para penyokong.
“Ini adalah perlawanan pertama saya musim ini untuk dapat turunkan kesemua lima pemain import. Saya bukan hendak menidakkan kelebihan pemain tempatan tetapi ia jelas membawa perbezaan dalam permainan pasukan.
“Dengan adanya semua pemain import anda dapat lihat perbezaan dalam corak permainan kami. Pemain semakin matang dan kombinasi semakin baik walaupun masih ada ruang untuk dibaiki dan bukan mudah untuk kekalahan rekod tanpa kalah dan kita perlu terus bergerak ke hadapan.
“Ini Darul Aman. Jangan biarkan siapa yang datang kesini dan bawa pulang mata. Pemain sudah mula faham akan kepentingan perkara ini dan tiga mata sangat penting untuk penyokong,” jelas Aidil dalam sidang media selepas perlawanan.
Dia juga mahu memanfaatkan rehat dua minggu ini untuk para pemain kembali cergas dan akan berlatih lebih keras bagi menghadapi baki lima lagi perlawanan liga selepas ini serta mahu pemain tidak tertekan selepas kemenangan ini.
Kedah akan bertemu PJ City, Johor Darul Ta’zim dan Negeri Sembilan dalam tempoh tujuh hari selepas liga bersambung dan Aidil akan terus mencabar para pemainnya untuk mendapatkan tiga mata untuk merebut tempat ke Piala AFC musim hadapan.