PERAK FC menamatkan saingan Liga Premier musim ini dengan mengikat Kuching City FC 1-1 pada aksi di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.
Perlawanan itu juga merupakan sentuhan terakhir Yusri Che Lah sebagai pengendali pasukan sebelum bakal digalas oleh Lim Teong Kim.
Yusri akan diberi peranan baharu melatih skuad Perak B-23 bagi kempen 2023.
Tuan rumah melancarkan serangan bertubi-tubi khususnya pada babak kedua selepas dikejutkan gol sendiri Sunday Afolabi pada awal saingan dan ianya terbalas. Luciano Guaycochea menjaringkan gol penyamaan hasil umpanan cantik Wan Zack Haikal m-86 sekali gus menceriakan kira-kira 16,700 penonton yang hadir.
Perak FC 1-1 Kuching City FC
Luciano Guaycochea menjaringkan gol penyamaan hasil umpanan Wan Zack Haikal
— Flash Sukan (@FlashSukan) September 17, 2022
Perak mengakhiri musim ini di kedudukan kedua tercorot selepas beraksi kesemua 18 perlawanan dan sekadar mengutip lapan mata kerana dipotong sembilan mata oleh Badan Penilaian Awal Malaysian Football League (MFL).
The Bos Gaurus yang tidak layak bermain di Piala Malaysia secara merit berpeluang mengintai slot apabila senarai pasukan bersaing di pertandingan itu dijangka akan diumumkan pada Rabu minggu hadapan.
Ia selepas ada dua pasukan yang telah melayakkan diri pada awalnya berdepan amaran keras oleh MFL.
Seladang juga masih memerlukan kemenangan perlawanan play-off dengan pasukan Liga M3 untuk diserapkan ke antara 18 pasukan Liga Super 2023 yang distrukturkan semula oleh MFL termasuk memansuhkan Liga Premier.
📊 KEDUDUKAN – LP18#LigaPremier2022 pic.twitter.com/KUEfI8QP79
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 17, 2022