ARKITEK tengah kebangsaan, Brendan Gan Seng Ling mengakui perjalanan kehidupannya dipenuhi ranjau dan onak berduri.
Terpilih bersama skuad kebangsaan, nyata ia sesuatu yang tidak pernah digambarkan pemain tengah prolifik Selangor FC itu.
Setelah bertarung dengan kanser serta kembali dipilih bersama skuad kebangsaan, ia jelas merupakan sesuatu yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.
Ketika ditanya tentang kemenangan, Brendan tampil menjelaskan bahawa dia sudahpun menang dengan pertarungan dalam hidupnya apabila disahkan menghidap barah sebelum ini.
“Selepas sahaja perlawanan, ia sangat emosional. Ia memerlukan kerja keras untuk berada di sini dan untuk mendapatkan keputusan tersebut dan untuk mendapatkan kemenangan, adalah sesuatu perasaan yang menakjubkan.
“Anda tanya saya tentang bagaimana ingin mendapat kemenangan, saya sudah pun menang. Saya kembali dengan pelbagai cabaran. Tiada yang cukup buat saya. Saya ingin menang lebih lagi.
“Ia sangat menakjubkan apabila terpilih untuk panggilan skuad kebangsaan. Perasaan sangat menakjubkan.
“Saya cakap dengan isteri dan keluarga saya. Bersama rakan-rakan, ia bermakna dunia buat saya.
“Sudah tentu pemain sudah biasa bermain di dalam suasana yang lebih besar. Hanya pengalaman yang pemain bawa di padang.
“Kita hadir dengan game plan menarik. Hari ini kita lebih baik. Ia bukan hanya tentang pemain, ia termasuk juga staf kejurulatihan, individu di belakang tabir. Sokongan penyokong Malaysia turut membantu pemain,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan Piala Raja Thai di bumi Chiang Mai, Thailand.