PENYOKONG Gergasi Merah amat teruja menunggu kedatangan jurulatih baharu, Tan Cheng Hoe selepas dikatakan hampir pasti menyertai kelab itu pada musim depan.
Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid menyatakan pasukan Selangor FC bertuah membawa masuk pengendali berusia 54 tahun itu.
“Saya gembira dia datang ke Selangor. Dia jurulatih kebangsaan, penuh aura dan akan membuatkan bekas pemain Harimau Malaya akan ikut serta dan bermain dengannya.
“Saya juga gembira jika kami dapat memilikinya. Anda lihat Datuk Ong Kim Swee yang kini bersama Sabah FC.
“Mereka di mana sekarang. Nombor dua di Liga Super dengan kemasukan pemain berkualiti,” katanya.
Tan Cheng Hoe sah milik Selangor FC
Welcome back!https://t.co/INoCKNQET6 pic.twitter.com/A0u3jiSicm
— Flash Sukan (@FlashSukan) September 22, 2022
Portal ini pada Khamis melaporkan Cheng Hoe akan memaklumkan keabsahannya sebagai jurulatih Selangor FC dalam masa yang terdekat.
Untuk rekod, pengendali berasal dari Alor Setar itu pernah mengecapi beberapa kejayaan manis bersama pasukan Kedah termasuk Piala Malaysia 2016 dan Piala Sumbangsih 2017.