RAJA pecut negara tidak mengalami kecederaan serius dan bukannya hamstring seperti diwar-warkan sebelum ini.

Hal itu disahkan sendiri Muhammad Azeem Fahmi, yang menzahirkan rasa syukur dapat melakukan persiapan ke kejohanan jemputan di Jepun.

“Alhamdulillah saya tidak cedera teruk. Sebenarnya itu bukan kecederaan, hanya ketegangan otot,” kata Azeem, ketika ditemui di sekitar asrama Majlis Sukan Negara (MSN).

Ketika terserempak dengannya, dia kelihatan bersahaja dan tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami kecederaan.

Pada Ahad lalu, Azeem memegang peha kanan ketika melintas garis penamat acara 200m yang menyaksikannya sekadar memenangi pingat perak selepas dipintas pelari Johor Muhammad Arsyad Md Saat.

Atlet perak itu kemudian diberi rawatan segera dan dibawa menaiki ambulan untuk pemeriksaan lanjut di Institut Sukan Negara (ISN).